RESEPI BERYANI KAMBING…SEDAP WOO..

Lamb briyani rice (Briyani kambing)

Ingredients:40g onions6g pandan leaves (screwpine)70g vanaspati (vegetable ghee)small cinnamon stick1 star anise5g young ginger5g garlic1/4 tsp fennel seeds (jintan manis)1.5 litres water900g rice240g trimmed lamb rack1 tsp turmeric powder1/2 tsp black peppercorns18g saltpinch of saffron1 1/2 tsp water66g milk15g spring onions15g Chinese celery93g tomatoes21g carrots
Method:

1. Peel and slice onions. Wash and fold pandan leaves.
2. Heat vegetable ghee and saute cinnamon and star anise. Add sliced onions.
3. Peel and chop garlic and ginger. Add to vegetable ghee and continue frying. Add pandan leaves and stir well until the garlic is golden brown.
4. Add fennel seeds. Fill up with water and bring to boil.
5. Wash rice well.
6. Slice lamb into equal chops. Marinate lamb with turmeric powder and pepper.
7. Add rice to the water, add lamb chops and salt and mix well.
8. Bring to the boil and reduce heat. Let it simmer while covered over low heat until rice is almost cooked.
9. Dissolve saffron in water. Just before rice is cooked, add saffron and milk and mix well.
10. Wash and slice spring onions and celery into 5cm sticks. Wash and cut tomato into wedges. Peel and cut carrot julienne. Add all vegetables to the rice.
11. Stir well and serve immediately.

Source from…
http://www.nst.com.my/blogs/Ramadan/lamb-briyani-rice-briyani-kambing

TAHUN BARU…KERJA KENA LEBIH!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera….

Penat…itu aje yang boleh saya cakap…bulan ni..bila buat promosi lebih sikit dalam internet…ramai juga yang menelefon..bertanya harga..tanya kambing ape…tanya saya dah kawin belum..eh silap..tanya kambing yang dijual dah penah kawin ke belum…macam-macam la…terima kasih pada abg. pawie, abg azam, bro faisal, abg shahrul, haji sidek, mr mahed, mr rajah, kak lis..memacam lagi la…(sori kalu saya terlupa nak letak nama)..ade yang saya bawa ke kandang…ade yang belanja saya minum…terima kasih bebanyak…tak beli kambing tak ape…janji silaturrahim dapat dihubungkan antara penternak…dari sini barula kita boleh sama-sama berjaya bila memasing sesama tolong-menolong…tak kira bangsa dan agama…syabas rakyat Malaysia!!! Ade satu lagi penternak bangsa cina dari Banting…lupa la dia punya nama…soli aaa….

macam mana dengan harga makanan kambing?? Ade naik ke? Saya dengar sekarang di Serting penternak kecil macam saya dah tak bleh amik direct pellet biopalma. Kesian kan penternak macam saya ni…xpe…sekarang saya sedang memproses silaj sendiri…lepas ni…katakan selamat tinggal pada pellet yang mahal…hehehe…dan pastinya saya akan berkongsi ramuan dan ilmu tersebut dengan semua penternak….PERCUMA..(pengeras teh tarik secawan jadikla)

Kambing semua sihat? Hehehe…kambing yang tiba dari Indonesia dan Australia laku macam goreng pisang…tapi kita perasan tak?? Mana peginya kambing-kambing ni semua? Ade kita jumpa kat pasar tak? Takde kan…kambing ni semua akan ghaib sebaik saje tiba di Malaysia…hehehe…bagus…adekah ini maknanya bekalan kambing masih tidak mencukupi? Adakah semua penternak ni buat baka je…dan mungkin satu hari nanti di Malaysia kita ade lambakan kambing boer? Tak mustahil…dan tak mustahil kita pula akan mengeksport kambing boer ke negara luar….InsyaALLAH…Jumpa lagi…berhati-hati di jalanraya!!!

LAGI-LAGI KAMBING UNTUK DIJUAL!!





Stok yang tengah panas sekarang…anak kambing jamnapari…anak boer..semua baru lepas susu….cepat sebelum orang lain sapu!!! Kita bukan along…tapi cuma mau tolong…..KAMBING…KAMBING…KAMBING….buat sate kambing sedap wooo!!!

KAMBING UNTUK DIJUAL LAGI!!





Lagi kambing untuk dijual….stok sentiasa ada setiap bulan…nak yang dari Indonesia? Afrika? Australia? Macam-macam ada…..

KAMBING UNTUK DIJUAL





Kambing oh kambing…ini dia saya sertakan gambar kambing untuk dijual buat tatapan semua…kambing ni baru 2-3 hari masuk dalam kandang dari pusat kuarantin LCCT…kalau berminat..sila telefon nombor di blog ni ok!! Kambing oh kambing….makan kambing…tido kambing…minum susu kambing!!!

KAMBING UNTUK DIJUAL!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!

Assalammualaikum..selamat sejahtera…tak perlu saya buang masa lagi…ade kambing boer, kambing kampung, kambing kampung kacuk, kambing jamnapari cross untuk dijual!! Berikut adalah harga kambing tersebut…boleh nego lagi kalu ambil 10 ekor ke atas…

KAMBING BOER F3/F4-RM980 KE BAWAH

KAMBING BOER F1/F2-RM850 KE BAWAH

KAMBING JAMNAPARI CROSS-RM650 KE BAWAH

KAMBING KAMPUNG-RM380 KE BAWAH

KAMBING KAMPUNG KACUK-RM550 KE BAWAH

KAMBING KAPLO-RM600 KE BAWAH

KAMBING JANTAN BOER FULLBLOOD-RM3000 KE ATAS….(BERGANTUNG PADA SAIZ)

Sila hubungi no yang tertera dalam blog ni…sekian terima kasih…harap terus telefon…kalu sms takut tak larat nak taip panjang-panjang…harap maklum…stok banyak!!

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Salam Maal Hijrah 1429…tak banyak plak sms tahun baru yang saya terima kali ni….masa tahun baru 2008 aritu…banyak…sampai tak larat nak balas dah…biasala orang kita kan mana kisah sangat pasal bulan dalam Islam nih…okla..takpe…tolak tepi dulu cerita pasal tu..

Penat pun tak hilang lagi ni…semalam baru balik dari Kuala Kangsar…pergi ladang Syamille Agro Farm..ladang ternakan berkonsepkan peranginan…siap ada chalet untuk pengunjung yang nak bermalam…hebat! Hehehe…itulah bila jutawan menceburi bidang ternakan ni yang biasanya kita tengok orang biasa macam saya ni…kekadang nak maintain kandang yang patah pun payah…nanti saya cuba letak gambar dalam ni…tengok boleh…tiru jangan…maksud saya..kalau berkemampuan…tak kisah nak buat hotel kat dalam kawasan ladang ternakan…kalu tak mampu…pelan-pelan la…atau plan ajela..tapi realitinya…saya tak mampu nak buat macam tu…cuma saya nak kenal kan…inilah dia importer kambing boer dari Australia yang selalu saya recomend pada penternak baru…mungkin dari segi harga agak kompetetif..tapi saya melihat dari segi kualiti..mungkin penternak baru ramai yang tidak berpengalaman macam saya..so bila kita dapat kambing yang berpenyakit…kan bermasalah tu…melalui importer ini, Syamille Agro Farm..saya sendiri berpuashati dengan kualiti kambing yang dibawa masuk…

Semalam saya berpeluang melihat kambing boer yang baru tiba…apa yang boleh saya katakan…terutamanya pada kambing jantan FB…berbaloi!! Kesan kenaikan harga barang, harga minyak….harga kambing pun kena tempias juga…tapi di sini..mereka akan pastikan pembeli mendapat pulangan yang terbaik dari produk dia…chewah…promote plak….saya bleh katakan pembeli tidak akan rugi dan pasti berpuashati dengan apa yang telah dilaburkan. Saya bukan kerja bahagian promosi…saya cuma penternak kecil…penternak yang sentiasa mendapat tunjuk ajar dari ladang ‘giant’ macam Syamille ni…dan mereka tidak lokek dengan ilmu…saya harap…mereka akan terus maju dan berkembang…dan saya akan sentiasa mengekori mereka ni dari belakang….InsyaALLAH!!

Ada jumpa seorang penternak di utara…sudah setahun lebih menternak kambing…tapi terpaksa menjual semua kambing dan kandang kerana beliau mengalami masalah kesihatan…kesian…beliau mengakui ternakan kambing ini bagus dan dengan berat hati ingin menjual perniagan beliau…tapi bila saya tengok ternakan tu semua…oklah…bila saya tanya…dulu dia ambil dengan badan kerajaan yang tak perlu saya sebutkan kat sini sapa…dan hati saya berdetik…chewah…macam ni ke kualiti kambing yang dijual oleh kerajaan? Saya tak perlu huraikan di sini…mungkin anda semua lebih faham….saya bukan anti sesapa cuma sapa lagi yang akan membantu kita kalu bukan bangsa kita sendiri…fikir-fikirkanlah…

Oklah..dah panjang membebel ni…nanti saya akan update projek kandang baru saya…projek yang dijangka memakan masa 2-3 bulan…hehehe….apa lagi…nak buat kandang 90 kaki tu…biasala..guna duit gaji je….lainla kalu saya ni jutawan…hari ni plan…esok dah boleh siap…takpe…benda-benda ni semua akan menaikkan lagi semangat saya untuk terus berdaya saing…doakan saya ye…jumpa lagi!!

Contoh Kambing Boer Dari Australia





Gambar kambing yang saya download dari website luar negara…semoga menjadi rujukan penternak-penternak baru macam saya ni…nanti saya masukkan lagi gambar kambing ni…tungguuu!!!

Gambar Kambing Champion!!




Hehehe…takdela champion mana pun…saya rasa kat Malaysia ni ada yang lebih hebat dari kat luar sana…semuanya low profile….dengar cerita ada pertandingan kambing boer ye?? Ada sesapa yang tau? Blehla share nanti….

Tahun Baru Azam Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera…

Apa khabar semua? saya harap semuanya sihat…tak kirala penternak atau bukan penternak…nak cerita kambing sikit…minggu lepas saya balik kampung…tengok perkembangan kambing saya…Alhamdulillah…ada seorang penternak lama pun terperanjat dengan saiz kambing saya…gemuk-gemuk belaka…pandai pakcik awak bela…itula yang diaorang bagitau…dari pengamatan saya sendiri pun…saiz kambing saya dah melebihi kambing fullblood dari afrika..padahal..kambing saya cuma cross je…kelas F4 dan F3. Syukur ke hadrat Ilahi…anak kambing mungkin akan lahir lagi dijangka pertengahan januari 2008 atau awal februari…adala lebih kurang 8 ekor yang bunting…semua tengah tunggu masa dan buat masa ni saya sedang kelam-kabut untuk menyiapkan bilik-bilik untuk kambing-kambing ni…

Apa rancangan saya 2008? Saya nak teruskan usaha saya yang tak tercapai pada 2007…antaranya nak ternak ikan keli…nak siapkan projek kandang saya 24×90 kaki..itu semua tertangguh…satu sebabnya saya selidik ternakan keli ni selama 3 bulan…dan saya dapati syarikat yang offer penternakan tu tak bebetul memberi support pada penternak…kompeni tersebut juga merupakan kompeni baru dan saya fikir mereka perlu lebih banyak lagi lakukan homework…ada projek keli di rembau secara sendirian berhad…itu yang saya nampak lebih tersusun…pasal kandang tu biasala…kalu duit cukup..dah lama siap dah…ini nak harap duit gaji je…hehehe….bonus pun belum tentu dapat…tapi…projek tu tetap saya teruskan…biar makan 5-6 bulan sekalipun…janji saya puashati…semuanya guna duit sendiri…guna titik peluh sendiri…doakanlah kejayaan saya.

Banyak juga sahabat penternak yang menelefon saya bertanya berkenaan ternakan kambing…ada yang nak bela lembu…bela keli..lintah…haruan…semuanyalah berkaitan pertanian…apa yang boleh saya katakan ialah…SYABAS!! Kebanyakan bangsa saya dah mula sedar..dah mula malas nak makan gaji…nak berniaga sendiri…bagus….saya akan membantu kalian semua selagi yang saya termampu…sampai ada yang nak beri saya upah sebab banyak memberi info pada dia…tapi saya menolak…bukan saya menolak rezeki…saya cuma ingin membantu…ikhlas..mungkin hari ini hari anda…esok belum tentu lagi…saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam ternakan ini agar dapat dimanfaat bersama…terima kasih pada sahabat yang menelefon…terutamanya sdr sulaiman dari kota tinggi, sdr idris dari kuala pilah (keje di KL), sdr irma dan sdri rin dari cheras, sdr kamaruzzaman dari kl, abg yatim dari tampin, abg jamil dari sedenak, johor, kak sarah di pulau meranti, sham di upm,…dan yg terbaru..sdr faisal dari sepang..InsyaALLAH…saya akan cuba sedaya upaya saya membantu anda semua…(maaf kalau ada nama yang lupa saya nak sebutkan)

Okla…rasanya dah panjang sangat ni…nanti saya update lagi…nak kongsi satu petua…kalau kambing mengalami kurap (ada tanda putih di bahagian badan atau muka)..jangan panik!! hehehe…beli belerang dalam rm3.00…balik rumah…campurkan dengan minyak masak dan masak selama lebih kurang 15 min…lepas tu…setelah sejuk…lumurkan pada bahagian kambing yang dijangkiti penyakit kulit @ kurap…InsyaALLAH…kambing saya dah baik dari jangkitan penyakit kulit ni…belerang yang bercampur minyak yang lebih tu bolehlah disimpan dalam botol untuk kegunaan hari kemudian…Jumpa lagi…