SELAMAT TAHUN BARU 2009-MELANGKAH KE HADAPAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009…harapan semoga semuanya dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T. Maaf kerana sudah lama tidak update wordpress ini. Untuk pengetahuan semua, aktiviti ternakan kambing saya berjalan dengan begitu lancar dan diharap pada tahun 2009 ini kami akan terus melangkah ke hadapan. InsyaALLAH. Untuk mengetahui segala perkembangan terbaru mengenai projek saya, sila melawat ke:

http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA

http://dekebun.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN-SATU LAGI PROJEK USAHASAMA ANTARA AMINAGROTECH DAN DE KEBUN SDN. BHD.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Jumpa lagi. Jaga diri.

Advertisements

SISTEM PAWAH..JANGAN BERPALING TADAH..SUDAH!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera…

Apa khabar sahabat semua yang masih setia membuka blog saya yang tak seberapa ni…hehehe…nak cite sikit je..pasal gaya penulisan saya ni kekadang bila saya terbaca blog lain…macam sama je pengenalan dia…gaya dia susun ayat pun macam sama jek…kebetulan agaknya…

Oklah…biarlah dia nak tiru ke nak ape ke..janji sesama boleh berjaya!! Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada sahabat yang menelefon bertanya mengenai kambing..samaada nak beli, nak belajar, nak datang melawat…nak belanja je belum ade…hehehe…bro amir, bro amri, mr siva, Tuan Abdullah, Tuan Omar, bro rosli, bro am, Mr sara, Hj Kifli, Cik Yati, Mr Rama..abg ibrahim..abg din..sori kalau terlupa nak letak nama..Terima kasih sekali lagi kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk membeli baka kambing kami ataupun berkongsi maklumat mengenai ternakan…harapan semoga anda semua juga berjaya..kalau saya boleh..kenapa tidak anda semua???

Sistem Pawah?? Ramai juga yang bertanya pada saya samaada menawarkan sistem pawah atau contract farming ni…bukan saya tak mahu…saya merasakan masih belum layak untuk menjadi
sifu atau belum layak untuk menawarkan kepada public sistem tersebut. Dengan prasarana yang belum lengkap..dan lebih utamanya ialah ilmu berkaitan ternakan ni..saya baru nak masuk 2 tahun dalam bidang ternakan ni…semakin lama saya duduk dalam dunia ternakan ni..rasanya semakin banyak yang saya tak tahu…harapan saya semoga sahabat yang ingin menceburi sistem pawah atau contract farming ni kena pastikan syarikat yang menawarkan khidmat tersebut boleh dipercayai…lebih elok sekiranya syarikat tu sekurang-kurangnya sudah 5-10 tahun dalam bidang ternakan..kalau setakat baru setahun jagung dah sibuk nak menawarkan sistem pawah…sendiri mau ingat la kan…tapi siapa tahu…kekadang dengan sistem pengurusan yang baik..syarikat yang baru juga boleh jadi lebih baik dari yang lama…duit masing-masing..pepandaila guna kepala nak berfikir…hehehe…

Ok..kandang baru saya di Pulau Meranti sudah siap…sedia menanti kehadiran stok-stok kambing yang baru tiba…Alhamdulillah…sekarang ni sambung semula projek menambah kandang di Pusat Ternakan Mini Kambing Boer di Rembau…ntah bila siapnya tu tak tahula..almaklumla kan….tunggu gaji…baru bleh buat sikit…hehehe…nak pilihanraya ni…takde ke wakil rakyat yang berminat nak salurkan bantuan pada Pusat Ternakan Mini Kambing Boer?? Hahaha…jangan haraplakan?? Takpe…walaupun modal saya tak seberapa..sekurang-kurangnya saya tak menagih simpati orang lain…saya nak buktikan yang penternak seperti saya juga boleh hidup tanpa bantuan mereka…kalau saya boleh buat..kenapa anda semua tak boleh??? Sekian..jumpa lagi.

PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (4)





PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (3)





PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (1)





Kambing boer!! Kambing Boer!! Kambing Boer!!

Gambar Kambing di Rembau…Pusat Ternakan Mini Kambing Boer!!





Silala menjamu mata gambar kambing saya yang diambil pada 26/01/08…..InsyaALLAH saya akan saya jadikan pusat ternakan mini kambing boer…layan!!!

PETUA ORANG DULU-DULU

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Petua orang tua-tua…kalau kambing sakit,

1) CIRIT-BIRIT
Bagi makan daun jambu batu….atau bagi makan buah ciku yang muda…tapi kenala hancurkan dulu buah ciku…takut tercekik plak nanti…lagi satu jangan lupa bersihkan kotoran/najis pada kambing yang terkena cirit untuk mengelakkan penyakit kulit…

2) KEMBONG
Mengikut kata beberapa orang pakar…chewah…air asam jawa atau air halia diberi minum pada kambing yang mempunyai masalah tersebut..

3) URI MELEKAT
Yang ni biasanya penternak akan gantung botol atau batu pada uri yang terkeluar tu…simple kan??

4) KUTU
Mandikan kambing dengan shampoo rejoice…hehehe…eh..mandikan dengan air garam…atau macam yang saya kata pada artikel sebelum ni…gosokkan abu kayu api pada badan kambing…abu kayu ni cubala pada rambut anda yang ade masalah kutu…mungkin mujarab juga…gurau jek…

5) KURAP
Kambing yang terkena kurap…ambil belerang, minyak masak dan sedikit minyak tanah…campur dan masak sehingga belerang tu cair…dah sejuk sapukan pada kulit kambing yang kurap…PERINGATAN! sekiranya di sapu semasa minyak tengah panas…kemungkinan dengan tangan anda akan berkurap..hehehe. Kalu malas nak sapu benda ni…anda boleh menggarukan sendiri badan kambing yang terkena kurap sehingga kambing tersebut suruh berhenti…hehehe…

Okla…itu aje yang saya nak kongsikan kali ni…bukan ape…sekarang ni ubat moden dah mahal…melampau plak tu harga dia…so sebagai alternatif tak salah kita gunakan ubat tradisional…ambil lah yang baik sebagai ilmu pengetahuan…yang saya melawak tu sebab nak hilangkan kebosanan…hehehe…jumpa lagi!