Setahun Sudah Berlalu..Februari Muncul Kembali…

Kambing ni suka melepak atas abu bahan bakar…selepas saya selidik rupanya abu ni dapat mengelakkan kambing terkena kutu….

Ternakan yang menunggu masa untuk meletup!! Sebab memasing dah bunting.

Walaupun dia lepak atas abu…bulu kambing ni tetap bersih dan licin..(macam iklan pencuci muka plak)

Salam ternak semua…chewah…tajuk kali ni macam sedih je…sebenarnya masa tulis blog ni kebetulan bukak lagu Alleycats…tu yang layan sekejap tu…ok…apa nak cerita kali ni? Pertama sekali sila lihat gambar di atas…gambar dari kandang saya di Rembau…kandang yang akan saya jadikan pusat ternakan boer di Rembau…nak lawan projek kerajaan yang kat tepi jalan tu…takpe…dia ade modal besar…saya modal kecik…tak jadik masalah…pelan-pelan kayuh…
Cuti hari tu ke mana? Saya balik JB…jumpa mak dan ayah la…ok..ada jumpa 2 orang penternak di Layang-layang dan sedenak…abg jamil dan bro ijal…tima kasih sebab sudi turunkan ilmu ternakan pada saya..lepas tu saya ke Melaka…kebetulan..berjumpa seorang usahawan tani…yang betul-betul dikatakan usahawan!! Kenapa? Sebab…bro man..(nama betul bro othman) dari ayer molek, melaka…mengusahakan pelbagai jenis bidang pertanian…seorang bekas graduan UiTM…tinggalkan kerjaya sebagai chef di hotel yang selesa…menjalankan projek penanaman kelapa, belimbing, buah salak, buah limau, sayur-sayuran dan akhir sekali…semestinya ternakan kambing…tak silap saya beliau ade 3 orang pekerja yang membantu urusan seharian…dengan kandang kambing yang tak seberapa..beliau menegaskan bahawa pulangan yang diterima amat memuaskan…syabas bro othman!!! (nanti bleh makan kurma daging kambing lagi)…macam mana dengan kita yang ade kandang macam istana…kekadang tu harga kandang melebihi harga kambing yang ada di dalamnya..fikir-fikirkanlah..

Disini saya ingin memberitahu…kecantikan kandang atau kecanggihan kandang bukan ukuran kejayaan ternakan kambing…buat permulaan…binalah kandang ikut kemampuan…ikut saiz poket sendiri…tak perlu menagih simpati memohon pinjaman sana-sini sedangkan hasilnya belum pasti….bila dah buat pinjaman beribu-ribu…adakah kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk mentadbir kandang kambing tu nanti?? Tepuk dada tanyala selera…jangan sebab ramai orang yang buat..kita pun terpengaruh nak buat…belajar dulu selok-belok ternakan…belajar dulu cara nak cebok kambing kalau kena cirit-birit..belajar dulu cara nak pegang kambing dengan betul..belajar dulu cara nak buang ulat kat badan kambing kalu kena puru…belajar dulu perah susu kambing…kalu nak pegang pun takut…hentikan ajela niat nak memulakan ternakan ni (ini pengalaman sebenar)…baik buat projek tanaman cendawan ke..tanam bunga okid ke..(mungkin lebih bersih)

Saya bukan nak lemahkan semangat rakan-rakan yang masih baru atau yang telah lama…sebaliknya jadikanla kata-kata saya ni sebagai pembakar semangat untuk teruskan projek kambing seperti yang telah dirancang…kalau perlukan pertolongan…jangan segan untuk bertanya…saya akan cuba membantu sedaya mungkin walaupun dulu ada di kalangan penternak yang tak suka dengan kehadiran saya…ade juga yang memandang rendah penternak baru seperti saya…biarla benda tu berlaku pada saya sahaja…kehadiran saya dalam dunia ternakan ni bukan semata-mata mencari keuntungan sahaja…apa salahnya kita lebarkan rangkaian persahabatan kita…InsyaAllah…Jumpa lagi.

%d bloggers like this: