Pellet Oh Pellet!!!!

Salam ternak semua….

Maaf sebab dah lama tak update blog ni…maklumla…kerja di ladang…banyak masa habis kat ladang menjaga kambing…Alhamdulillah…kambing jantan yang baru masuk tu semakin sihat..walaupun baru 1 tahun…lekuk-lekuk di leher dah mula kelihatan..dah nampak dia punya kejantanan..syukur pada ALLAH…kambing saya semua sihat walafiat walupun pada musim hujan sekarang ni nak amik daun kelapa sawit pun ada susah sikit…tu semua cabaran tu….

Last week saya pergi beli soya bean hull pellet….mmm…naik lagi rm1 so satu bag/50kg sekarang harga dia dah jadi rm36 dan saya jangkakan bulan depan naik lagi rm1 menjadi rm37…melampau kan…kita bela kambing penat-penat…yang kaya-raya tokey pellet…nasib saya baik…dua minggu lepas saya berjumpa dengan pengurus projek PELADANG….dia sarankan saya gunakan silage je…dalam rm15 setong 50kg kot….tapi stok dah abis…bulan 12 ni baru ada stok semula…sebab PELADANG sendiri mempunyai 6 projek di sekitar Negeri Sembilan di mana usahawan-usahawan yang dipilih diberikan kambing sebanyak 100 ekor lebih sorang…pastu dalam tempoh tertentu…usahawan tersebut perlu memulangkan semula jumlah yang dipinjam…dan seterusnya kambing tersebut akan diberi pula pada usahwan/petani yang lain…bagus projek ni…tapi yang saya tak setuju…kenapa diberi bantuan terlalu banyak pada seorang peserta…bagi la sorang 20 ekor ke…kan dah ada 8 orang penternak/usahawan…dalam 8 orang ni…takkan at least 2 atau 3 yang berjaya…macam tu baru betul…setuju tak dengan idea saya ni…mmm…apa-apa pun…pada penternak baru yang nak mula…bolehlah jenguk PELADANG kawasan memasing…mana tau boleh dapat subsidi macam ni…saya pun nak mohon juga nanti bila kandang baru siap….hehehe….

Kandang baru?? Malu sebenarnya nak bagitau dalam ni sebab tak siap lagi…nanti org kata pahat berbunyi…umah tak siap….lebih kurangla…kali ni saya akan buat kandang 80 kaki x 24 kaki…dan saya akan meminimumkan kos dalam buat kandang ni…biasanya orang buat kandang besar ni dalam rm50k…bajet saya kurang rm20k….tunggu ye projek ni…saya jangkakan makan 3-4 bulan untuk siap…maklumla saya ni makan gaji…semua guna duit gaji…dahla gaji tak naik-naik…sekarang ni pun kena maintain dalam rm800-rm900 sebulan untuk gaji pakcik dan pellet kambing…dah macam bayar keta perdana sebijik…itu tak masuk kos ulang-alik ke kandang dari rumah saya di Sepang tu…InsyaALLAH…saya percaya…kalu kita berusaha…pasti kita akan dapat hasilnya…

Sekarang ni saya sedang belajar pasal nak buat silage dan pellet…InsyaALLAH…saya akan kongsi ilmu yang ALLAH bagi ni nanti pada semua…doakan saya mudah belajar pasal makanan ternakan ni la…so…jumpa nanti ye….kambing dari Australia dijangkakan pertengahan bulan 12…hujung bulan ni ada masuk…tapi tak berapa cantik…ini diberitahu sendiri oleh pengimport…dan saya bersyukur sebab pengimport ni pun jujur…so pada rakan-rakan yang dah standby duit tu…kumpullah banyak skit…boleh borong abis nanti….Jumpa nanti….pandu cermat…jiwa selamat!!!

%d bloggers like this: