LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC)



Ini dia pameran yang disertai oleh ramai penternak dari seluruh ASIA…promosi dia kurang..tu pasal tak ramai yang datang…tak banyak ternakan kambing dan lembu…sedangkan itu yang lebih diminati terutamanya kambing….tak banyak pembekal pellet yang participate…takut nak berdebat ngan penternak ke…atau tengah sibuk kira duit hasil kenaikan harga pellet yang mendadak….expo macam autoshow pun ade gak sebab amoi dia pakai baju dah macam takyah pakai…pakai seluar pun dah macam takyah pakai lagi elok…..hehehe…itulah first impression aku bila kat expo ni….dan seperti dijangka…booth Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjadi booth tumpuan kerana projek koridor utara tu…malas nak provoke…sendiri paham la….

Booth penternak yang menjual khinzir kurang…mungkin bangsa lagi satu tu dah sedar keburukan makan daging khinzir…bagusla….penternak ayam banyak…promote machine telur la…sistem pemakanan la….telur di gradekan…camne diaorang boleh grade telur tu ek??Ada standard telur ke nak tentukan grade A,B, C, D….ntahla…itu semua kuasa kat tangan penternak…dia punya pasal la nak jual ikut suka hati dia….mungkin ayam dah semakin mahal….

Pellet kambing??? Mmmm…macam biasala…harga melampau…harga membunuh….harga cekik darah…itu aje yang mampu saya cakap…hehehe…allo bos…itu harga pellet kasi murah-murah sudahla…apa macam penternak kecil macam saya mau terus hidup??? hehehehe…sampai kan ade yang jual harga rm30-rm40…tapi kuantiti dikurangkan kepada 40 kg per bag….mampus!!

Okla…malas saya nak cakap banyak…sepanjang perjalanan balik dari KL Sentral ke Salak Tinggi…dalam ERL tu saya termenung…termenung sebab semua harga barang semakin mahal…tapi gaji kita macam tu juga…tak macam zaman dulu…gaji rm1000 atau rm2000 dikira mewah…inikah pengorbanan yang perlu kita hadapi bila negara mahu mencapai tahap MAJU?? Sepatutnya gaji tu seiring dengan kenaikan harga barang…baru rakyat tak terasa….nak harap BERSAMAMU?? TV3 datang baru la terhegeh-hegeh nak tayang muka dalam TV….kalau aku malu!!! Sebelum ni tak meninjau rakyat keliling ke??? Eh ape aku merepek ni…..maaf kalu ade yang terasa…kat dunia memangla boleh lepas…kat kubur esok??? Okla…layan gambar masa kat Expo LIVESTOCKASIA 2007 bersama wartawan anda….Kelam Singh Waliappan….

%d bloggers like this: