Honda NSR SP…Kali Ni Cerita Motor Skit..






Motor ni saya beli tahun lepas…sesaja je sebab minat…hehehe…kalu main motor ni…duit dia pun taklah macam modified keta…tapi untuk motor yang cc lebih besar….maintainance dia dah melebihi keta plak…hehehe…motor ni tak kuar kat Malaysia…maksudnya untuk pasaran Malaysia takde la…ni convert dari NSR R…hehehe….sejak pakai motor ni…ramai juga saya dapat kawan baru…awek?? hehehe jangan cakapla..hahaha….takdelah…ok…layan gambar ni…asyik gambar kambing je…bosan plak kan….

LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC) (PICT 3)

Bro…rocker pun minat bela kambing ke???

Salah satu booth yang menarik pelawat lelaki…hehehe

Booth yang tak pernah putus dgn kunjungan pelawat…

Santai…bincang pasal pellet makanan ke??

Ini dia expo untuk tahun depan di Indonesia!!

Okla…last batch punya gambar….esok Jumaat…aku nak amik kambing kat KLIA…kalu ade sesapa yang nak beli…silakan telefon aku…boleh aku kenalkan pada pengimport direct…lagi senang cerita…ok? Layan gambar dulu…nanti aku update gambar masa kat KLIA tu…jumpa lagi.

LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC) (PICT 2)

Ini la abg din rock n wife…kandang di Pulau Meranti…(bang..glamor la gambo masuk internet)

 

Ini dia booth yang paling mesra alam…aku bagi 10 bintang kat booth ni kategori tempatan..tq boss!!

Banyak dah lupa la…tapi kontek no ade…

Mat saleh ni aku bagi 10 markah untuk international punya mesra alam…sorang jek…tapi dia layan org bagus…

Hehehe….JPH….bang..buku ternakan kambing tu bila bleh hantar kat saya??

Ni hah…ada lagi…masa tu pun memang macam aku sorang jek yang amik gambar kat expo tu….tapi belasah jek la…akupun dah mintak kebenaran sebelum ambil gambar….nah…layan lagik sampai lebam bijik mata…

LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC) (PICT 1)

Ini booth livestock.com….majalah mengenai pertanian dan penternakan

 

Ni ntahla……hehehehe

Jabatan Perkhidmatan Haiwan….biasala kena serbu…..

Booth JPH gak ni…..

Ni penerbit majalah dari Singapura……

Selepas menerima panggilan bertalu-talu dari para penternak yang sibuk tak dapat pegi expo last week…ni hah saya update gambar…silakan tengok sampai muntah…sorila sebab lambat nak upload…card reader member pinjam…baru pulang….hehehehe

LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC)



Ini dia pameran yang disertai oleh ramai penternak dari seluruh ASIA…promosi dia kurang..tu pasal tak ramai yang datang…tak banyak ternakan kambing dan lembu…sedangkan itu yang lebih diminati terutamanya kambing….tak banyak pembekal pellet yang participate…takut nak berdebat ngan penternak ke…atau tengah sibuk kira duit hasil kenaikan harga pellet yang mendadak….expo macam autoshow pun ade gak sebab amoi dia pakai baju dah macam takyah pakai…pakai seluar pun dah macam takyah pakai lagi elok…..hehehe…itulah first impression aku bila kat expo ni….dan seperti dijangka…booth Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjadi booth tumpuan kerana projek koridor utara tu…malas nak provoke…sendiri paham la….

Booth penternak yang menjual khinzir kurang…mungkin bangsa lagi satu tu dah sedar keburukan makan daging khinzir…bagusla….penternak ayam banyak…promote machine telur la…sistem pemakanan la….telur di gradekan…camne diaorang boleh grade telur tu ek??Ada standard telur ke nak tentukan grade A,B, C, D….ntahla…itu semua kuasa kat tangan penternak…dia punya pasal la nak jual ikut suka hati dia….mungkin ayam dah semakin mahal….

Pellet kambing??? Mmmm…macam biasala…harga melampau…harga membunuh….harga cekik darah…itu aje yang mampu saya cakap…hehehe…allo bos…itu harga pellet kasi murah-murah sudahla…apa macam penternak kecil macam saya mau terus hidup??? hehehehe…sampai kan ade yang jual harga rm30-rm40…tapi kuantiti dikurangkan kepada 40 kg per bag….mampus!!

Okla…malas saya nak cakap banyak…sepanjang perjalanan balik dari KL Sentral ke Salak Tinggi…dalam ERL tu saya termenung…termenung sebab semua harga barang semakin mahal…tapi gaji kita macam tu juga…tak macam zaman dulu…gaji rm1000 atau rm2000 dikira mewah…inikah pengorbanan yang perlu kita hadapi bila negara mahu mencapai tahap MAJU?? Sepatutnya gaji tu seiring dengan kenaikan harga barang…baru rakyat tak terasa….nak harap BERSAMAMU?? TV3 datang baru la terhegeh-hegeh nak tayang muka dalam TV….kalau aku malu!!! Sebelum ni tak meninjau rakyat keliling ke??? Eh ape aku merepek ni…..maaf kalu ade yang terasa…kat dunia memangla boleh lepas…kat kubur esok??? Okla…layan gambar masa kat Expo LIVESTOCKASIA 2007 bersama wartawan anda….Kelam Singh Waliappan….

Update Gambar Kambing Selepas 4 Bulan Di Kandang (2)

Lagi update gambar kambing saya….sekarang ni memang lepaskan aje…jangan takut…kalu hujan…kambing ni akan balik kandang sendiri…x yah nak halau…kalu tanah tu basah pun kambing ni tak mahu turun punya…nak jaga kuku…bila lepas camni….pellet dah kurang…jimat..kambing boleh bersenam…sihat…kena matahari…sihat…boleh joging…sihat…boleh main kejar-kejar…sihat…boleh kena rembat!!! hehehe…yang itu taknak tu…tapi tawakal je la…kita dah buat pagar keliling…kalu ade pencuri jugak…nak wat camne…bukan rezeki kita…okla…layannnnn!!!!





Projek Ternakan Kambing Masuk Bulan Ke 10

Kambing ni kalu lepas jek…mulala..panjat sana sini…hehehe

 

Mmmm…termenung je…tengah rancang strategi nak lari ke??

Kawasan kandang tak sebesar mana pun…bolehla…ala-ala australia gitu…ahaks.

Antara yang bunting lagi…ntah bilala nak beranak….

Elo geng mana member lain? Pegi beli baju raya ke??

Salam semua…

Nah…selamat menjamu mata…semoga menjadi pembakar semangat pada yang baru nak bermula…kalu nak bersaing dengan pengimport tu…tak mampu lagi la saya ni…walau apapun…Inilah hasil selama ini…PROJEK TERNAKAN KAMBING MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA….dah masuk bulan ke 10…tahinah…(kambing masuk baru 4 bulan)…semoga terus berkembang maju hendaknya…Amin….

Anak Kambing…Lahir 14/9/2007

Manala ibu aku ni…aku mana bleh puasa lagi….

 

Berat kambing masa lahir 2 minggu lepas…3.2 kg

Ibu!! Oh Ibu!! Mmm…mana ibu ni….

Muka baru lepas minum susu ibu…senyum kambing!!

Pandai anak kambing ni memanjat tangga….

Alhamdulillah…akhirnya…tunggu punya tunggu…lahir la anak kambing ni pada bulan Ramadan…ingatkan lepas raya baru beranak…silap kira daa….okla…malas nak cakap banyak lagi…mari tengok gambar anak kambing ni…besar…sihat dan aktif….silakan…

Jalan Menuju Kejayaan!!!

Boleh dikatakan denai la….menuju ke kandang…

 

Ada kolam kecik….ikan haruan banyak tu…

Jalan ni saje tak mau di tar….kalu lori senang masuk…paham2 je la…

Kawasan ladang kelapa sawit…sumber daun yang mudah…bukan mudah nak potong daun sawit…

Amacam tajuk tu??? Hebat tak hehehe…InsyaALLAH…dah lama tak update…ok kali ni saya akan masukkan gambar je buat tatapan semua…selamat menjamu mata…ini gambar jalan/denai menuju kandang kambing yang terletak di dalam ladang kelapa sawit…jarak dari rumah dalam 100 meter…