SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam ternak….

Semalam saya pergi Serting…pergi kilang FELDA sebab beli pellet kambing…dalam kegembiraan nak sambut syawal…tersentak jugala bila harga pellet biopalma fidlot naik sebanyak rm7.00 jadik rm30 selepas 15/10/2007…ape benda nih??? kata ada subsidi dari kerajaan?? kata nak membantu penternak-penternak?? apa jadik dengan penternak macam saya ni??? projek ternakan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan…tanpa suntikan modal mana-mana…macam mana nak bertahan?? ntahlah…inilah akibatnya bila permintaan melebihi penawaran…bila isu ternakan kambing ni menjadi panas…mulalah masing-masing mengambil kesempatan…masing-masing nak mengaut keuntungan atau lebih senang cakap lagi mencekik darah penternak-penternak…..

Apa jadi bila projek ternakan kambing menjadi terbantut? Projek kambing separuh jalan?? nanti pelbagai alasan diberi…kata penternak tak pandai bela kambingla…sepatutnya bila kita nak kurangkan kadar import daging kambing dari negara luar…sepatutnya kerajaan membantu penternak-penternak ni….penternak macam saya ni….saya bukan hanya mengharapkan subsidi…kalu saya menunggu subsidi…sampai sekarang pun ntah tak nampak lagi bayang kambing….inisiatif dah saya buat…permulaan projek dibuat tanpa bantuan mana-mana…tapi bila harga pellet naik…ubat-ubatan pun naik…kayu naik…semua naik…macam mana dengan sahabat kita di luar sana yang baru memasang impian nak memulakan projek kambing ni???

Subsidi?? ntahla…kalaulah saya berada di Kelantan…rasanya bagus kot sebab JPH sana menghadiahkan 5 ekor kambing pada setiap peserta yang selesai menjalani kursus penternakan kat sana…macam mana dengan JPH lain??? Ada berani buat macam tu?? Ini balik-balik orang yang sama je terima itu-ini…sepatutnya yang dah terima bantuan tu dipantau…sekurang-kurangnya dalam masa 5 tahun dia takleh mintak apa-apa bantuan…sebab nak bagi peluang kat orang lain…ni bebalik muka tu gak yang dapat pinjaman…hishh…apa hukumnya makan hak orang tu ek??

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN. Apa yang saya melalut hari ni ntah…ni semua sebab pellet naik harga la…lantakla…selagi saya boleh bertahan…selagi saya boleh berdikari…selagi itu saya akn teruskan projek renakan kambing ni…selamat raya semua…BERHATI_HATI KETIKA DI JALANRAYA!!

%d bloggers like this: