Persiapan Menjelang Aidilfitri

Salam ternak semua…

Rasanya dah lama saya tak menulis di wordpress ni…alasan yang biasa…sibuk…lagi pulak bulan Ramadan ni..malam tak sempat nak bukak laptop…terawih la katakan…tapi itu bukan alasan untuk terus melupakan ternakan kambing yang diusahakan…

Kambing saya? Alhamdulillah…semuanya sihat dan gemuk belaka…minggu lepas…saya balik kampung…apa lagi meninjau projek ternakan kambing saya tu la…rasanya dah nak dekat 3 minggu tak balik kampung…sejak mulanya Ramadan…terperanjat…kambing saya semua gemuk..bulu berkilat…aktif…syukur pada ALLAH…anak kambing? Seronoknya tengok anak kambing melompat-lompat..aktif..ikut ibu dia cari makan di kawasan ragut..seronok tengok..nampak la jugak hasil dia setelah berhempas-pulas 8-9 bulan..

Ada satu projek ternakan yang di beritahu oleh pakcik saya…ternakan kambing secara bawah..maksudnya tiada kandang…telah berlaku kematian kambing berjumlah lebih kurang 12 ekor…dah dekat rm10 ribu…banyak tu..tapi takpela…projek diaorang besar kot…ada dalam 150 ekor agaknya..kalu saya ni cuma 20-30 ekor…kalu mati 12 ekor..dah tinggal sikit..mmm..takut plak nak buat projek ternakan kambing tanpa kandang ni…takpe..nanti saya belajar lagi pandai-pandai…

WordPress saya ni? Alhamdulillah…ramai juga rakan-rakan ternak yang lama dan baru yang datang…terima kasih. Dapat jugala kita sama-sama berkongsi ilmu…semoga hubungan persahabatan ni terus berkekalan..

Nak tengok gambar ke? Ok..post yang seterusnya…saya akan hanya masukkan gambar kambing saya aje…selamat menjamu mata….selamat puasa!!

%d bloggers like this: