Gambar Semasa Proses Membuat Kandang

s4.jpg     s3.jpg

s2.jpg     s5.jpg

p1000463.jpg        p1000332.jpg

Teringat saya masa baru nak buat kandang dulu…dengan tenaga kerja yang terhad…saya gagahkan jugak untuk merealisasikan projek kambing saya ni…syukur pada ALLAH sebab pakcik saya memang mahir membuat rumah dan memasang pagar. Dia punya letih…mmm…toksah cakapla…kalau drive balik ke sepang tu…mata ni berat je…macam dah tak larat dah…

Kalau nak kira ukuran kandang saya ni cuma 20×30 kaki je….dengan penggunaan kayu 2nd hand dan hanya zink dan kayu lantai sahaja yang baru…saya dapat menjimatkan kos pembinaan kandang sebesar ini dari rm15k kepada rm5k sahaja…banyak tu…tapi proses mendirikan kandang ni mencatat kenangan yang paling manis…di mana selama 3-4 bulan..harung hujan..panas…akhirnya siap kandang untuk diduduki oleh kambing yang bertuah…sebab apa bertuah?? sebab kandang ni tuan dia yang buatkan sendiri…orang lain kebanyakannya upah kontraktor…iyela…projek mereka besar…projek kambing saya projek bajet…

Esok saya akan balik kampung dan saya akan update berita pasal anak kambing yang baru lahir….tak sabar gak nak balik…sebab dari Jumaat lepas anak kambing tu lahir…samapi hari ni…masih belum sempat balik kampung…dan mungkin saya akan menerima pelawat esok…pelawat yang beriya hendak melawat kandang saya…sedangkan sudah banyak kali saya beritahu yang kandang kambing atau projek kambing saya ni tidak sehebat projek kambing lain…dan dia juga yang membakar semangat saya…katanya biar kita bermula perlahan…tapi terus ke hadapan…jangan pandang belakang lagi….jumpa nanti!!

Advertisements

Sumber Ikan Dah Macam Sumber Petroleum Pulak….

Sumber stok ikan negara habis 10 tahun lagi

IPOH 11 Julai – Hasil kajian yang dijalankan oleh beberapa universiti tempatan dan Jabatan Perikanan Malaysia mendapati sumber stok ikan di perairan negara akan habis masa 10 tahun lagi sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil segera.

Pengarah Perikanan Perak, Salehan Lamin berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai tindakan termasuk melancarkan beberapa pelan tindakan segera dalam masa terdekat.

Katanya, program berkenaan diambil selepas hasil kajian dan data-data pendaratan ikan yang diperoleh menunjukkan stok ikan komesial semakin berkurangan.

“Hasil kajian yang dibuat oleh beberapa kakitangan universiti tempatan dan pihak jabatan mendapati stok ikan negara semakin berkurangan.

“Sehubungan itu, usaha perlu diambil bagi menangani segera masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat nya di sini hari ini.

Salehan memberitahu, masalah berkenaan timbul berikutan bilangan bot yang dilesenkan banyak tetapi sumber stok ikan terhad di sesuatu zon penangkapan ikan.

Sebagai contoh katanya, mungkin stok ikan di sesuatu kawasan hanya sebanyak 10 tan dan sesuai untuk kira-kira dua buah bot nelayan sahaja.

“Bagaimanapun, sumber stok ikan sebanyak itu terpaksa dikongsi oleh lebih dari dua buah bot sekali gus menyebabkan stok ikan cepat habis,” katanya.

Menurut beliau, pihak kerajaan menerusi Jabatan Perikanan akan cuba mengurangkan bilangan bot terutamanya bot pukat tunda khasnya di zon B.

Jelasnya, pemilik bot tunda di kawasan berkenaan dicadangkan menyerahkan bot serta lesen kepada jabatan sebelum kerajaan membayar sejumlah nilai untuk bot dan lesen berkenaan.

Salehan menambah, buat masa ini jabatan tidak memaksa nelayan untuk menyerahkan bot masing-masing tetapi menggalakkan mereka untuk berbuat demikian.

Bagi nelayan yang setuju untuk menyerahkan bot mereka, Jabatan Perikanan akan membantunya melibatkan diri dalam sektor lain seperti akuakultur, pemprosesan hasil perikanan dan pertanian.

“Nelayan terlibat juga akan dibantu dari segi latihan kemahiran sebagai persiapan mereka menceburi bidang baru,” katanya.

Menurutnya, di negeri Perak sahaja terdapat 1,300 bot pukat tunda dan 30 peratus daripada pendaratan ikan disumbangkan oleh bot berkenaan.

Jelasnya, kajian yang dijalankan itu turut mendapati operasi bot pukat tunda sebenarnya merugikan dan tidak mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pengusaha.

Bagaimanapun kos kerugian itu ditampung oleh subsidi minyak diesel yang diberikan kerajaan.

(Sumber: Utusan Malaysia-19/09/2007)

Kalau Harga Ayam Dah Naik…..

Rakyat Malaysia makin banyak makan ikan

SUNGAI PETANI 29 Jun – Kajian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan setiap rakyat Malaysia memakan kira-kira 55 kilogram ikan setahun.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding hanya 30 kilogram bagi setiap orang kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut beliau, peningkatan secara mendadak tersebut didorong oleh faktor perolehan bekalan ikan yang tinggi di pasaran.

“Peningkatan ini telah menjadikan industri perikanan atau akuakultur berkembang dengan pesat dan mampu menjana pendapatan tinggi kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan benih ikan tilapia baka gift di kolam ikan milik syarikat Karya Samudera Sdn. Bhd., di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok dekat sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shariff, permintaan yang tinggi terhadap bekalan ikan juga mendorong kerajaan memajukan industri akuakultur secara besar-besaran dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA).

Beliau berkata, permintaan bagi sumber akuakultur itu meningkat 21.5 peratus atau 662,000 tan pada tahun lalu berbanding 400,000 tan pada tahun 2005.

Dalam pada itu, Mohd. Shariff mencadangkan agar pengusaha sektor akuakultur termasuk ikan air tawar berusaha menambah nilai terhadap keluaran mereka pada masa akan datang.

Katanya, antara bidang yang boleh diterokai pengusaha sektor terbabit ialah ikan salai dan pembuatan fillet.

Sementara itu, Pengarah Urusan Karya Samudera Sdn. Bhd., Dr. Jalil Ahmad memberitahu, pihaknya memulakan industri ternakan ikan air tawar di kawasan Merbok dengan bermodalkan RM120,000 sejak pertengahan tahun lalu.

“Sehingga kini, ia telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Sebagai contoh, harga borong ikan talipia adalah sebanyak RM3.80 sekilogram,” katanya.

 (Sumber: Utusan Malaysia 19/9/2007)

Petikan dari Utusan Malaysia 19/9/07 berkaitan Industri Akuakultur

Industri akuakultur dimaju besar-besaran di seluruh negara

KUALA LIPIS 8 April – Kerajaan akan memajukan industri akuakultur secara besar-besaran dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi meningkatkan pengeluaran ikan di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Zulkifli Idris berkata, selain meningkatkan pengeluaran, kerajaan berharap sektor akuakultur dapat mengurangkan import ikan menjelang tahun 2010.

Katanya, permintaan bagi sumber akuakultur itu meningkat 21.5 peratus atau 662,000 tan pada tahun lalu berbanding 400,000 tan pada tahun 2005.

‘‘Unjuran itu adalah berdasarkan permintaan terhadap ikan daripada 1,047 tan pada tahun 2000 dan meningkat kepada 1,292 ribu metrik tan pada tahun 2005 dan dijangka terus meningkat kepada 1,563 ribu metrik tan menjelang tahun 2010,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Akuakultur 2007 dan Mini Karnival Ikan Air Tawar di Dataran Lipis, anjuran Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.

Zulkifli berkata, selain mengurangkan import, industri akuakultur dapat melahirkan ribuan usahawan dalam sektor itu termasuk daripada para graduan.

Katanya, peningkatan pengeluaran ikan di ZIA dapat membantu kerajaan menjayakan Pelan Imbangan Dagangan (BoT) pada tahun 2010 untuk mengurangkan defisit import ikan daripada RM8.6 bilion pada tahun lalu kepada 1.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Kerajaan yakin menerusi ZIA akan dapat mengeluarkan ikan bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan dan setiap usahawan yang terbabit dalam industri ini mampu mencapai pendapatan RM3,000 sebulan.

‘‘Bagaimanapun setakat ini sebahagian besar pengusaha menternak ikan berskala kecil dan masih memerlukan sokongan kerajaan.

“Saya berharap menerusi seminar seperti ini para peserta mengambil peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan berhubung industri akuakultur bagi mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dapat membantu golongan miskin supaya terbabit dalam aktiviti itu kerana ia dapat membantu menghapuskan kadar kemiskinan di negara ini.

Menurut beliau, selain individu, kerajaan juga berharap pihak swasta turut melibatkan diri secara proaktif bagi meningkatkan industri hasil akuakultur terutamanya dalam menjayakan projek ZIA.

Tibanya Ramadhan Penuh Keberkatan

Assalammualaikum dan salam ternak…..

Alhamdulillah…syukur saya ke hadrat ALLAH….hari Jumaat lepas 14/9/2007 kambing saya selamat melahirkan anak kambing yang pertama dalam kandang saya…cuma masa tu saya takde untuk rakamkan saat-saat kelahiran anak kambing. Risau ada…happy pun ada…ye la…pengalaman tak banyak…nak jaga anak kambing…ibu kambing…tapi sehingga hari ini…ALHAMDULILLAH…kedua-duanya begitu sihat…nanti saya masukkan gambar anak kambing yang cute tu…

Dengan adanya kelahiran seperti ini dan menunggu hari bagi 2-3 ekor lagi kambing saya yang bunting…seakan tak sabar untuk mengembangkan lagi projek kambing saya ini…Saya ingin buktikan yang saya boleh!! Walaupun segalanya buat sendiri aje…takde nak lantik akauntan ke..pengurus jualan ke…saya la bos…dan saya la kuli…dan saya juga yang kena study pasal kambing..kesihatan..ikan keli…lembu…business plan…marketing…tapi saya puas..sekurangnya masa saya tak dihabiskan begitu sahaja…semoga di Bulan Ramadan ini rezeki saya semakin bertambah…INSYAALLAH!!

Merawat Kambing Patah Kaki

Salam Ternak semua…di sini saya ingin berkongsi pengalaman merawat kambing yang patah kaki…dalam ternakan ni kita tak boleh lari dari pelbagai masalah penyakit atau masalah kesihatan binatang ternakan…

Bila dapat tahu je kambing saya patah kaki…saya jadi panik…maklumla..penternak setahun jagung…hehehe…tapi bila pakcik saya keluarkan sedikit ilmu perubatan tradisional dia..Alhamdulillah…kambing tersebut sihat semula…Ok…daun yang digunakan ialah..daun tembaga suasa…cara-caranya…chewah…hehehe…ok…ambil 3-4 helai daun tembaga suasa (gambar seperti di bawah)..layukan dengan api…lepastu terus ikat dengan kain pada tempat yang patah…InsyaALLAH…seminggu lebih je dah ok…kalu ikut pengalaman kambing saya…..kata pakcik saya lagi…daun tersebut pun boleh digunakan pada orang yang patah…hehehe…kebetulan anak dia pun patah kaki…mungkin lepas bukak simen…dia kan letak daun ni kot…okla..jumpa lagi nanti…

p1000728.jpg p1000729.jpg p1000730.jpg p1000731.jpg

Inilah rupanya pokok daun tembaga suasa….pokok ni jumpa kat tengah hutan…pakcik saya kata jarang jumpa pokok ni…mungkin dah rezeki saya kot…Terima Kasih ALLAH!!

Gambar Kambing Di Kandang Saya 2/9/2007

p1000724.jpgp1000720.jpgp1000715.jpgp1000714.jpgp1000712.jpgp1000710.jpg

Assalammualaikum…dan salam sejahtera….hari cuti merdeka yang lepas…saya abiskan masa dengan menjaga/merawat kambing…bersihkan kandang…sekarang ni pun musim hujan…so tak dapat la kambing saya ni turun untuk meragut di keliling kawasan kandang…nampaknya macam 4 ekor yang dah bunting..mudah-mudahan kembar la anak kambing yang keluar nanti..amin.

Minggu ni saya akan ke kuala pilah…pergi beli pellet kambing kat kilang FELDA…minggu depan dah puasa kan? Tapi kambing ni x puasa…hehehe…so kos makanan dia tetap berjalan macam biasa…jangan Tuan kambing yang X puasa dahla…hehehe…InsyaALLAH…Ramadhan…aku x sabar menunggu ketibaanmu…jumpa lagi.