Gambar Anak Kambing Boer

anak kambing daa

Ini ada beberapa gambar anak kambing boer yang saya dapat dalam internet ni…comel..patutla ada yang jadikan kambing ni ‘pet’ (binatang peliharaan).

ak1.jpg

Pandai berposing plak tu…hehehe

 ak2.jpg

Mmm…bulu dia bersih…harap kambing saya pun macam ni nanti…

 ak3.jpg

Yang ni plak warna dia cantik….

ak4.jpg

Sekor lagi yang mempunyai corak/warna yang berlainan….

Advertisements

Cuti Sekolah Membawa Rezeki

Assalammualaikum…dan selamat sejahtera…
Pertama sekali..maaf sebab dah lama tak update blog…terlalu sibuk dengan urusan kerja dan juga urusan kambing…hehehe..Alhamdulillah..masa yang ada akan saya gunakan sebaik mungkin untuk update blog ni….
2 Minggu lepas saya ada berjumpa dengan beberapa orang penternak…yang baru..yang lama…semua berkongsi pengalaman…masing2 bercerita penyakit kambing masing2…itulah..inilah..jadik takut pun ada..yela..kambing bukannya murah…tapi Alhamdulillah…kambing saya masih sihat dan cergas…tapi..2 minggu lepas..kejadian tak diingini berlaku…sekor kambing boer saya patah kaki…mmm…terus saya ambil kain dan kayu..kononnya buat pertolongan cemas…hehehe…tapi bila pakcik saya tengok je..dia gelakkan…ntah daun apa yang dia letak…lepas tu dengan sedikit bacaan memohon perlindungan dari ALLAH…selepas dua minggu..kambing tersebut dah boleh berlari dan melompat macam biasa…Alhamdulillah….Nanti saya kongsi dengan anda semua bagaimana ubat tradisional yang pakcik saya gunakan untuk merawat kambing yang patah kaki….
Sekarang ni cuti sekolah dah nak habis…mesti banyak penternak yang tersenyum lebar…mana taknya..kenduri sana-sini…hehehe…masyukkk….bagusla…harap bukan musim cuti sekolah je…harap bukan musim cuti sekolah pun permintaan kambing laris macam goreng pisang panas….
Di kampung saya…ada baru bukak kandang baru…pakcik saya beritahu..itu adalah projek kerajaan…ntahla…nanti minggu ni saya balik kampung..saya selidik..hehehe….diaorang bela kambing atas tanah…maksudnya takde kandang atas…mmm…menarik tu…harap saya dapatla belajar macam mana diaorang buat…jumpa lagi nanti…salam.

Sahabat Ternak-SYAMILLE AGRO FARM SDN. BHD.

 Ini satu lagi alamat penternak yang dah established….saya beli kambing boer dari syarikat ini dan saya berpuashati dengan harga dan barang (kambing) yang ditawarkan….salah satu syarikat yang mempunyai permit mengimport ternakan dari luar negara….Tuan Punya syarikat ni juga peramah dan tidak kedekut ilmu walaupun beliau memegang jawatan tinggi dalam syarikat….terima kasih atas ilmu yang diberikan masa di Karnival Lelong Ternakan di MARDI pada Jun 2007…saya belum pernah pergi ke Kuala Kangsar, di mana letaknya kandang beliau ni…tapi dari cerita otai-otai penternak yang lain…kandang (farm) syarikat ini cantik….kambing semua pun sihat dan gemuk…kalu nak berguru…cuba la contact alamat di bawah ni……

MOHD. ZAINURI MOHD. IDRUS
SYAMILLE AGRO FARM SDN. BHD.
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu,
Kg. Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah,
33020 Kati, Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
h/phone: 012 282 8296
tel. ofis: 03 8024 2533
fax: 03 8024 3422
email: mzmi@syamille.com.my

Sahabat Ternak-IMSHA AGRO ENTREPRISE

kandangimsha4.jpgPekan, PahangPekan, PahangPekan, Pahang

Nak bercerita sikit pasal IMSHA AGRO ENTREPRISE ni….dulu masa saya belum buat apa-apa…saya banyak mintak tolong dari diaorang ni…ALHAMDULILLAH…diaorang ni memang friendly…tak lokek ilmu…boleh dikatakan mereka ni antara sifu saya gak dalam bidang ni walaupun diaorang pun baru…saya juga bersyukur kerana rakan-rakan penternak yang saya jumpa semuanya suka bantu-membantu…terima kasih. Semoga cita-cita kita menjadi kenyataan…

Rakan saya ni boleh dihubungi melalui alamat berikut;

AHMAD IMRAN ABD. RAHMAN

IMSHA AGRO ENTERPRISE

Lot 294, Kg. Bunut Lepar,

26640 Pekan, Pahang.

Tel: 017 3485499

email: sharifah_omar@yahoo.com

Budi Yang Baik Di Kenang Jua

Dalam ruangan Projek Sahabat ni…saya cuba untuk memasukkan seberapa banyak info yang boleh pasal projek ternakan atau pertanian yang telah saya lawati atau bakal saya lawat nanti…Kalu ade penternak atau sesiapa yang berkecimpung dalam dunia pertanian, bolehla hubungi saya melalui email aminagrotech@yahoo.com untuk memasukkan projek anda dalam wordpress saya ni…semuanya dialu-alukan…semoga kita semua mendapat faedah daripada ruangan tersebut…

Rakan Penternak Berkongsi Ilmu

Alhamdulillah…kita jumpa lagi…dah lama rasa saya tak update wordpress ni…sibuk sikit ngan urusan harian…semalam saya cuti…pening kepala..tapi saya gagahkan juga ikut abg din pergi beli pellet kambing di Serting…nanti saya masukkan alamat kilang tersebut dalam ni…sebenarnya saya tak tahu jalan nak ke sana…nasib baik abg din dari De’kebun bagi ikut….dapatla saya beli pellet juga…nak tau kenapa saya sanggup ke sana? sebab..pellet tu murah…RM21..(bulan 9 naik RM2)..mmm…naik lagi…

Perjalanan saya ke kilang tersebut saya gunakan sebaik mungkin…dan abg din ni memang tak kedekut ilmu…setiap pertanyaan saya…dia jawap dengan baik…(kekadang orang fed-up kalu banyak sangat tanya)…anyway…Terima Kasih abg din….atas ilmu yang diberikan…dia juga mendapat suntikan modal yang besar…dan rancangannya adalah untuk menjadi pengeksport kambing boer baka tulen buatan Malaysia….Semoga berjaya…InsyaALLAH…kalau kita selalu tolong orang…ALLAH akan permudahkan urusan kita….

Sebenarnya tak tahu nak membebel ape hari ni…saya sanggup ke Serting untuk membeli pellet kerana saya sudah membuat kira-kira…selepas ditolak duit minyak…makan…tol…saya masih ade untung dalam RM50….banyak gak tu…bleh beli dua beg pellet extra…hehehe….

Kenapa pellet ni murah? Haa…sebenarnya kerajaan ade memperuntukkan subsidi untuk penternak-penternak semua…tu pasalla murah…tapi saya dengar di Perak ade pengeluar yang menjualnya sebanyak RM30…di Kuantan RM28…mmm…pada saya…mungkin diaorg ambilkira kos perjalanan…penat lelah lagi….dia punya letih susun pellet 50kg sebanyak 4 tan pun tak hilang lagi ni…Terpulang pada kebijaksanaan penternak la untuk membuat keputusan….Jumpa nanti.