Rumput Napier

napiernapiernapiernapier

Rumput kambing? Rumput napier la….saya rasa rumput ni yang paling bagus untuk kambing. Senang tumbuh, memerlukan masa yang singkat untuk tumbuh, tapi pastikan jangan lupa siram dengan air….takut mati kering plak….Dalam proses membuat kandang dan pagar, secara perlahan-lahan saya dan dibantu oleh bapa saya menanam rumput napier….bukan apa…kalau ada rumput, kambing ni nanti dah kurang makan pellet, kesimpulannya, kos pun kurang…hehehehe…..benih? Mmmm…..saya dapat di UPM, tapi kalau perasanla…rumpur napier ni banyak tumbuh di tepi sungai…..usahala sikit…pasti berjaya…..

Lagi satu saya nak kongsi, ada sorang pakcik di Banting, bela kambing kacukan boer ni…dia bagi makan daun ubi kayu aje fulltime…..dah lima tahun dia kata….setakat ni xde apa2 masalah…[kalau nak tau petua dia…email saya di (aminagrotech@yahoo.com)] cuma masalahnya dia tak larat nak jaga sebab kambing ni cepat membiak…tu pasal la saya tengok kandang dia ada dalam 20 ekor je….lima tahun ade 20 ekor je…..rupanya, dah banyak dia jual….lagi satu….pakcik ni tak pernah pergi kursus atau latihan pasal kambing ni…ye la…orang kampung, apalagi nak guna internet ni kan? Macam mana dengan kita? Tepuk dada tanya selera…..

Sekarang ni rumput yang saya tanam dah tumbuh panjang…dan saya cuba bahagikan kepada 3 bahagian di mana tiap satu bahagian akan diambil untuk beri kambing makan selama 2 minggu sekali….so untuk sampai ke bahagian ke bahagian lain…ada masa satu bulan untuk rumput tu hidup semula. Ok…itu aje….so…apa fikir lagi….tanam rumput dulu sebelum buat kandang…nanti kandang siap, kambing masuk….rumput dah ade…..

%d bloggers like this: