Kenapa Tidak Lembu?

Saya just nak bagi pendapat je….sebenarnya untuk menternak lembu…memerlukan modal yang lebih besar dan kawasan yang lebih luas….pakcik saya juga ada membela lembu…tapi dia biarkan lembu lepas sahaja dan ini memungkinkan risiko kecurian dan dia pun pernah kehilangan lembu akibat dicuri…..tapi saya ada dengar sejenis baka lembu yang khabarnya baka yang baik….kalau kambing tu boer la kononnya….nanti saya survey lagi info pasal lembu ni….tungguuuuu….

Rumput Napier

napiernapiernapiernapier

Rumput kambing? Rumput napier la….saya rasa rumput ni yang paling bagus untuk kambing. Senang tumbuh, memerlukan masa yang singkat untuk tumbuh, tapi pastikan jangan lupa siram dengan air….takut mati kering plak….Dalam proses membuat kandang dan pagar, secara perlahan-lahan saya dan dibantu oleh bapa saya menanam rumput napier….bukan apa…kalau ada rumput, kambing ni nanti dah kurang makan pellet, kesimpulannya, kos pun kurang…hehehehe…..benih? Mmmm…..saya dapat di UPM, tapi kalau perasanla…rumpur napier ni banyak tumbuh di tepi sungai…..usahala sikit…pasti berjaya…..

Lagi satu saya nak kongsi, ada sorang pakcik di Banting, bela kambing kacukan boer ni…dia bagi makan daun ubi kayu aje fulltime…..dah lima tahun dia kata….setakat ni xde apa2 masalah…[kalau nak tau petua dia…email saya di (aminagrotech@yahoo.com)] cuma masalahnya dia tak larat nak jaga sebab kambing ni cepat membiak…tu pasal la saya tengok kandang dia ada dalam 20 ekor je….lima tahun ade 20 ekor je…..rupanya, dah banyak dia jual….lagi satu….pakcik ni tak pernah pergi kursus atau latihan pasal kambing ni…ye la…orang kampung, apalagi nak guna internet ni kan? Macam mana dengan kita? Tepuk dada tanya selera…..

Sekarang ni rumput yang saya tanam dah tumbuh panjang…dan saya cuba bahagikan kepada 3 bahagian di mana tiap satu bahagian akan diambil untuk beri kambing makan selama 2 minggu sekali….so untuk sampai ke bahagian ke bahagian lain…ada masa satu bulan untuk rumput tu hidup semula. Ok…itu aje….so…apa fikir lagi….tanam rumput dulu sebelum buat kandang…nanti kandang siap, kambing masuk….rumput dah ade…..

Pendapatan Sampingan

Mmmm….saya masih dalam proses belajar lagi dalam bidang penternakan ikan ni….saya ada melawat tapak penternakan ikan di Negeri Sembilan dan Selangor. Lawatan ini menyebabkan saya turut tertarik dengan bidang penternakan ini…INSYAALLAH saya akan ceburi bidang ni pulak satu hari nanti….nantikan kemunculan saya.

Kos Membuat Kandang dan Pagar

Ok…lepas tolak tanah settle….saya dan pakcik saya telah membuat kira-kira, kos untuk membuat pagar bagi tanah seluas 1 ekar…hehehe…lupa nak bagitau…pakcik saya ni memang pakar buat rumah…yang saya tabik spring tu….dia punyai bajet tu semua tepat….atau hampir tepat….lagi satu..dia pun ada pengalaman bela kambing kampung…so sedikit sebanyak membantu jugakla dalam projek ni….dan saya memang gajikan dia untuk menjaga kambing-kambing saya nanti…

Okla…bertempat di Kampung Sungai Layang, Rembau Negeri Sembilan…saya mula mengorak langkah…chewah…secara kasarnya…kos membuat kandang bagi tanah 1 ekar dalam RM4000. Tapi saya ingin memberitahu bahawa…ini adalah kos untuk membuat sendiri…tanpa mengupah pekerja (tapi saya upah juga pakcik dan sepupu yang turut sama membantu….terima kasih)…

Semuanya bermula dari MAHA 2007

MAHA 2007MAHA 2007MAHA 2007MAHA 2007MAHA 2007

Kalu tak silap saya…MAHA 2007 tahun lepas yang diadakan di MARDI Serdang telah menarik minat saya untuk menternak kambing ni…..Satu hari jugalah saya round satu MARDI tu…sori saya tak masukkan gambar lain sebab semua ada gambar saya…sebagai langkah-langkah keselamatan…maklumla saya ni masih bekerja makan gaji…..okla…nanti ade masa saya update lagi sebab saya mula projek ni bulan Januari…sekarang dah Julai…mesti banyak perkembangan kan…tapi tunggu…saya akan update secepat mungkin…jumpa lagi.

Selamat Menceburi Bidang Ternakan

kandang lama milik pak cik….tauke jcb ni…bt8.jpgSemasa proses membersihkan kawasan tanah seluas 1 ekarbt16.jpg

Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera….

Saya merupakan pendatang baru dalam dunia penternakan ini. Saya masih bekerja makan gaji, tapi memberanikan diri menceburi bidang penternakan dengan hasrat untuk bekerja sendiri satu hari nanti. Saya memulakan penternakan kambing pada 01/01/2007 di mana semua kerja-kerja pembinaan kandang, senang kata…segalanya memang saya yang uruskan. Lagi satu nak bagitau….projek penternakan ni saya mulakan dengan modal sendiri…nanti saya attachkan gambar dalam ni sebagai panduan kepada bakal penternak atau sesiapa sahaja yang mempunyai bajet yang kurang tapi berminat untuk menternak kambing macam saya…opss…lupa plak nak bagitau…kos untuk membersihkan tanah ni sebanyak RM550 untuk 2 hari sebab tanah milik arwah nenek saya ni memangla kecik tapi pokok buah banyak….besar-besar plak tu…tapi ade beberapa pokok yang tidak ditumbangkan sebab redup la skit nanti…hehehehe…jumpa nanti.